Tiada lagi van jenazah, tindakan tegas ponteng puasa - Utusan Malaysia

Tiada lagi van jenazah, tindakan tegas ponteng puasa

TOSRIN Jarvanthi (dua kiri) dan Mohd. Noorazam Osman (tengah) menyerahkan sumbangan komputer kepada sekolah agama dalam Festival Sekolah Agama Angkat KPRJ dengan kerjasama JAINJ di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak merancang meneruskan tradisi mengangkut umat Islam tidak berpuasa menggunakan van jenazah pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanti berkata, langkah berkenaan tidak dibuat bagi menjaga aib mereka yang ditangkap tidak berpuasa.

Kata beliau, pihaknya sudah mengenal pasti kedai-kedai yang sering dijadikan markas untuk mereka yang tidak berpuasa.

“Bagaimanapun, tindakan undang-undan dikenakan terhadap umat Islam yang ditangkap kerana tidak berpuasa.

“Bagi kawasan Johor Bahru dan Kulai, 15 markas beli makanan dikenal pasti termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang.

“Penguat kuasa sentiasa memeriksa lokasi-lokasi tersebut sebelum membuat tangkapan terhadap individu tidak berpuasa,” katanya selepas merasmikan Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) dengan kerjasama JAINJ di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tosrin memberitahu, JAINJ mengambil pendekatan memberi nasihat kepada umat Islam yang ditahan bagi memberi kesedaran.

Sementara itu, mengenai program itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, festival tersebut adalah kemuncak bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya