fbpx

15 Jun 2021, 9:37 am

  TERKINI

‘Syok sendiri’ punca drama Malaysia gagal

ZED ZAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tahap kualiti yang masih lagi ‘syok sendiri’ dikenal pasti antara punca utama siri drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Perkara itu diakui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abd. Jamil atau Zed Zaidi yang meluahkan kekesalan mutu drama negara ini hanya layak untuk siaran Malaysia sahaja.

“Ini juga banyak disebabkan campur tangan pihak stesen TV tempatan dan sikap penaja yang hanya pilih pelakon tertentu kerana konon dia ada banyak pengikut di media sosial,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini bagi mengulas laporan eksklusif akhbar ini mengenai drama Nur hanya disiarkan satu episod menerusi stesen MNCTV.

Ia cuma berjaya ditayangkan pada 13 April lalu ketika slot waktu perdana di Indonesia namun seminggu kemudian digantikan dengan sinetron negara itu ekoran tiada sambutan penonton.

Nur yang pernah mencipta fenomena apabila meraih 10 juta tontonan ketika bersiaran di TV3 pada 2018 diarahkan Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan produksi Radius One.

Mengulas lanjut, Zed menjelaskan bahawa meskipun drama 19 episod itu pernah ‘gah’ meraih sembilan kategori dalam dua anugerah anjuran Media Prima Berhad, ia bukan ukuran kualiti.

“Semua pun tahu secara jujur mereka menang kerana populariti drama itu melonjak waktu tersebut, walhal ada banyak lagi drama lain yang lebih hebat mutunya tetapi kalah pula,” katanya.

Pada masa sama, beliau hairan bagaimana nasib pelakon yang berbakat cuba disisihkan oleh stesen televisyen tertentu hanya disebabkan kurang pengikut dalam platform media sosial. – UTUSAN ONLINE