Suami isteri, sepupu dicekup hisap dadah dalam hotel - Utusan Malaysia

Suami isteri, sepupu dicekup hisap dadah dalam hotel

ANTARA penagih dadah ditahan dalam 49 serbuan oleh JSJN Melaka di sekitar daerah Alor Gajah, Melaka, semalam. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sepasang suami isteri dan sepupu wanita dicekup ketika sedang berkhayal di dalam sebuah bilik hotel dalam serbuan di Rembia di sini, semalam.

Ketiga-tiga suspek adalah antara 53 penagih dadah yang ditahan dalam 49 serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sekitar daerah ini pada pukul 12 tengah malam sehingga 5.30 petang.

Ketua JSJN negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, pasangan suami isteri itu ditahan masing-masing berusia 33 dan 28 tahun manakala sepupu mereka pula 21 tahun.

Beliau berkata, mereka ditahan selepas polis menemukan satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat 0.29 gram di dalam bilik hotel berkenaan.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

“Siasatan lanjut, ketiga-tiga mereka yang bekerja sebagai penjual kenderaan juga mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan dadah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Zulkiflee menambah, 50 suspek lain yang diberkas adalah dalam lingkungan usia antara 14 sehingga 41 tahun ke atas dengan dua daripada mereka merupakan orang dikehendaki.

“Kesemua mereka ditahan dalam Op Sarang/Tapis bersepadu yang dijalankan oleh pasukan JSJN terdiri daripada tujuh pegawai dan 80 anggota.

“Secara keseluruhan seramai 53 warga tempatan telah ditahan dengan seorang suspek melibatkan kes bekalan, 14 tangkapan kes memiliki, 36 kes saringan ujian air kencing dan dua individu dikehendaki,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.