Proton Saga masuk longkang - Utusan Malaysia

Proton Saga masuk longkang

MANGSA yang berusia 49 tahun cedera apabila kereta dipandu terbalik masuk ke dalam longkang selepas merempuh paip air di Jalan Ayer Keroh Lama, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemandu lelaki cedera apabila kereta dipandu terbalik masuk ke dalam longkang selepas merempuh paip air di Jalan Ayer Keroh Lama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa yang berusia 49 tahun cedera pada bahagian tangan dan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sany Sahari berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.17 malam.

Katanya, sepasukan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bersama-sama sebuah jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta jenis Proton Saga berada dalam keadaan terbalik di dalam longkang dan terdapat seorang lelaki di tempat duduk pemandu.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan pasukan EMRS memberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Melaka,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta tersebut telah terbabas dan merempuh paip air di lokasi.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati paip yang berada bersebelahan kenderaan tersebut telah pecah dipercayai akibat dilanggar pemandu.

“Limpahan air turut berlaku di lokasi dan pihak kami telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Syarikat Air Melaka Bhd. (SAMB) bagi tindakan menutup kunci air paip berkenaan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya