Pembeli harus bijak berbelanja, rajin buat tinjauan harga - Utusan Malaysia

Pembeli harus bijak berbelanja, rajin buat tinjauan harga

Peniaga tidak boleh manaikkan harga ayam sesuka hati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembeli harus bijak membuat pilihan dan membuat tinjauan harga barang supaya tidak membeli barangan yang dinaikkan harga tanpa justifikasi yang jelas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan sudah melakukan yang terbaik termasuk menghantar pegawai-pegawai untuk memantau harga barang.

“Saya boleh menasihati pembeli atau pengguna supaya bersikap bijak untuk membeli. Pastikan anda membuat penelitian dahulu bagi memastikan pembelian dibuat dengan harga yang berpatutan serta mempunyai kadar jimat yang tinggi.

“Kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan pemantauan namun apa yang boleh saya cadangkan pemantauan harus turut melibatkan golongan pembekal” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia.

Menurut Ameer Ali, syarikatnya sentiasa cuba mengekalkan harga rendah namun secara keseluruhan, harga barangan masih bergantung pada pembekal dan bukannya penjual.

Tambahnya, pada minggu kedua Ramadan tahun ini dijangkakan harga ayam akan meningkat berikutan kekurangan stok ayam dalam negara.

“Apa yang mustahak ketika ini adalah jangkaan harga ayam akan meningkat daripada 80 sen hingga satu ringgit sekilo. Kenaikan ini dikatakan disebabkan harga makanan ayam yang dikatakan meningkat. Selain itu, negara juga dikatakan sedang kekurangan stok ayam, maka harganya dinaikkan.

“Kali ini, kenaikan harga itu agak tinggi. Tidak tahu jika ada yang sebenarnya cuba mengambil kesempatan untuk menaikan harga.

“Saya harap rakyat tidak marah kepada penjual ayam kerana tugas kami menjual ayam itu sahaja tetapi marahlah kepada pembekal yang meletakkan harga tinggi,” ujarnya.

Merujuk tahun-tahun terdahulu, kebanyakan pembekal mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang apabila tiba musim perayaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN