Pemandu lori tidak mengaku beri rasuah RM3,000 - Utusan Malaysia

Pemandu lori tidak mengaku beri rasuah RM3,000

CHIANG Kok Jen ketika hadir di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas tuduhan merasuah seorang kakitangan kerajaan sebanyak RM3,000 pada November 2019.

Tertuduh, Chiang Kok Jen, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kok Jen didakwa memberi suapan RM3,000 kepada Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Mohd. Zaki Harry Susanto di Tingkat 20, Menara MSC Cyberport, di sini pada pukul 9.15 malam, 9 November 2019.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang kerana membuang sampah dan sisa pepejal di tempat yang tidak dibenarkan.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, K. Shatesh manakala tertuduh diwakili peguam, K. Barathi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya