Lagi kes ingkar SOP pusat hiburan - Utusan Malaysia

Lagi kes ingkar SOP pusat hiburan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam menyaksikan 111 individu ditahan berbanding 208 individu diberkas kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah berkenaan, 101 dikompaun manakala 10 direman dengan kes tertinggi masih kekal aktiviti pusat hiburan iaitu sebanyak 36.

Ujar beliau, ini diikuti gagal merekod butiran diri di premis (19), tidak mematuhi penjarakan fizikal (12), tiada memakai pelitup muka (lapan) dan pelbagai lagi kesalahan yang lain (36).

“Seramai 27 orang pendatang asing tanpa izin ditahan melalui Operasi Benteng selain 40 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui dua aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Ismail Sabri berkata, enam kenderaan darat juga disita semalam manakala 256 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 50 oleh polis.

Menyentuh isu kuarantin wajib, kata beliau, seramai 825 individu tiba di tanah air semalam dengan 7,823 individu daripadanya masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 77 hotel serta sembilan institusi latihan lain.

Katanya, seramai 1,370 individu terbabit dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 162,582 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.