Kes positif hampir 4,000; 9 negeri catat lebih 100 kes positif - Utusan Malaysia

Kes positif hampir 4,000; 9 negeri catat lebih 100 kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 hampir 4,000 kes iaitu 3,788 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 2,640 kes. 

Sebanyak 17 kluster dan 14 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 29,227 kes berbanding semalam, 28,093 kes manakala kelmarin, 26,719 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 328 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 161 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,265 kes diikuti Sarawak, 760 kes; Kelantan, 464 kes; Kuala Lumpur, 255 kes; Pulau Pinang, 250 kes; Johor, 160 kes; Negeri Sembilan, 136 kes; Kedah, 136 kes dan Perak, 118 kes.

“Empat negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 89 kes; Melaka, 55 kes; Pahang, 54 kes; Terengganu, 37 kes.

“Baki negeri merekodkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes manakala Putrajaya dan Labuan, masing-masing dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, 14 kes kematian melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor, dan satu kes di Negeri Sembilan dengan 13 kes kematian warga tempatan manakala satu warga asing. 

“Kes melibatkan empat lelaki dan 10 wanita termasuk seorang warga asing berusia antara 33 hingga 97 tahun yang dikesan mempunyai pelbagai latar belakang penyakit. 

“Antara penyakit yang dikesan iaitu jantung, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik, hati, kanser, obesiti, hypothyroidism dan strok,” katanya. 

Mengulas mengenai 17 kluster, beliau berkata, lima kluster komuniti dan lima kluster tempat kerja, empat kluster pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, satu kluster kumpulan berisiko tinggi, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan

Lima kluster komuniti katanya, Kluster Nanga Tajam melibatkan Selangau dan Sibu, Sarawak, 34 kes; Kluster Sungai Ranan di Kanowit, Sarawak, 31 kes; Kluster Sungai Ngungun di Kanowit, Sarawak,  27 kes serta Kluster Kampung Bergosong di Tawau, Sabah, 21 kes dan Kluster Kampung Hilir Alor Gajah di Alor Gajah, Melaka,  18 kes. 

“Kluster tempat kerja merekodkan lima kluster iaitu Kluster Kemayang melibatkan Bachok, Tumpat, dan Kota Bharu, Kelantan, 15 kes; Kluster Jalan Taming Dua di Hulu Langat, Selangor, 12 kes; Kluster Air Padang melibatkan Miri dan Kuching, Sarawak, 19 kes serta Kluster Perusahaan Baru Dua  melibatkanSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut, Pulau Pinang,113 kes dan Kluster Tapak Bina Jalan Todak Satu di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, 23 kes. 

“Empat kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Wau melibatkan Petaling dan Sepang, Selangor,37 kes; Kluster Chersonese di Kerian, Perak, 17 kes serta Kluster Jalan Agama di Miri, Sarawak, 38 kes dan Kluster Jalan Dataran melibatkan Seremban, Port Dickson, Jempol, Jelebu, dan Tampin, Negeri Sembilan, 96 kes,” katanya. 

Tambahnya, Kluster Taman Bukit Hijau adalah kluster kumpulan berisiko tinggi di Cheras, Kuala Lumpur, 11 kes manakala Kluster Pagar Rimba adalah kluster pusat tahanan di Johor Bahru, Johor, 12 kes dan Kluster Jalan Sultanah adalah kluster keagamaan di Kluang, Johor,  22 kes. 

“Bagi kluster yang tamat pula, KKM merekodkan sebanyak lima kluster iaitu Kluster Jalan Merak, Kluster Bandar Sri, Kluster Lorong Nibong, Kluster Industri Gunung Mas, dan Kluster Ladang Bukit,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya