Mesyuarat DKU tanpa perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah

Mesyuarat DKU tanpa perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah

MOHD. ZAFIR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persidangan atau mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan yang diadakan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak boleh dianggap sebagai satu persidangan dewan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengambil maklum pendirian yang telah diambil oleh Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha dewan itu yang dilantik.

Beliau berkata, berdasarkan Fasal 16, 17 dan 19 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, kerajaan negeri berpendirian bahawa DKU adalah sebuah institusi di bawah Perlembagaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Justeru, sebarang persidangan atau mesyuarat yang diadakan tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidaklah boleh dianggap sebagai suatu persidangan DKU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Setiausaha DKU merupakan satu jawatan lantikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sendiri dan akan memegang jawatan itu selama yang diperkenankan oleh baginda seperti Fasal 25 UUTKNS 1959.

“Oleh yang demikian, mana-mana pihak selain Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik mana-mana individu lain sebagai Setiausaha DKU,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN