Kelantan, Sabah catat lebih 100 kes positif - Utusan Malaysia

Kelantan, Sabah catat lebih 100 kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,412 kes yang mengatasi kes positif iaitu 1,300 kes.

Sebanyak 10 kluster dan lima kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,161 kes berbanding semalam iaitu 14,278 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 189 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 88 kes memerlukan bantuan.

Katanya, Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes baharu iaitu 385 kes diikuti Selangor, 242 kes; Kelantan, 126 kes; Sabah, 112 kes; dan Pulau Pinang, 110 kes.

“Johor, 98 kes; Kuala Lumpur, 87 kes; Perak, 61 kes; Kedah, 27 kes; Negeri Sembilan, 14 kes dan Pahang, 11 kes.

“Hanya dua negeri dan dua wilayah merekodkan kes satu angka iaitu Terengganu, sembilan kes; Labuan, lapan kes; Melaka, tujuh kes dan Putrajaya, tiga kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, lima kematian melibatkan semuanya warga tempatan iaitu tiga kes di Sabah dan masing-masing satu kes di Selangor dan Kelantan.

“Kes melibatkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 36 hingga 80 tahun manakala lelaki berusia 54 tahun di Sabah tidak mempunyai penyakit.

“Empat kes mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, jantung, dislipidemia, kencing manis, buah pinggang kronik, obesiti dan Obstructive Sleep Apnoea (OSA),” katanya.

Mengulas mengenai 10 kluster baharu, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kluster keagamaan.

Lima kluster tempat kerja katanya, Kluster Integrasi Rawang Tiga di Gombak, Selangor, 13  kes serta Kluster Jalan Badli Shah melibatkan Petaling, Klang, dan Hulu Langat, Selangor, 21 kes dan Kluster Jalan Maju di Sibu, Sarawak,  34 kes.

“Dua lagi iaitu Kluster Jalan Kota Kubang Labu melibatkan Kota Bharu dan Bachok, Kelantan, 26 kes dan Kluster Jalan Mega Industri di Johor Bahru, Johor, 21 kes.

“Tiga kluster komuniti pula, Kluster Kampung Palekbang di Tumpat, Kelantan, 28  kes serta Kluster Taman Peruda di Kuala Muda, Kedah, 16 kes dan Kluster Kampung Belaoh di Besut, Terengganu, enam kes,” katanya.

Tambahnya, Kluster Padang Hijau adalah kluster pusat tahanan di Kluang, Johor, 12 kes manakala Kluster Belacon pula adalah kluster keagamaan melibatkan Lahad Datu dan Tawau, Sabah, 17 kes dikesan positif.

“Hari ini juga, 11 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Amanjaya, Kluster Jalan Industri A1, Kluster Jalan Sungai, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Persiaran Bayam Indah, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Jenjarom, Kluster Perusahaan Baru, Kluster Jalan Sementa, Kluster Jalan Subang dan Kluster Simpang Tiga,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya