Hormati proses rayuan nelayan berhubung projek PSR - Utusan Malaysia

Hormati proses rayuan nelayan berhubung projek PSR

ZIKRULLAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri perlu menghormati proses rayuan Unit Nelayan Sungai Batu terhadap Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membatalkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek tambakan di perairan selatan negeri ini (PRS).

Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (Lekas), Zikrullah Ismail berkata, ini kerana pihaknya mendapati pandangan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bahawa kerja-kerja tambakan di Pulau A yang bakal dijalankan Mei ini adalah tidak cermat.

Katanya, pandangan berkenaan juga jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak menghormati proses rayuan dibuat nelayan pada Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar yang mana rayuan tersebut mempunyai risiko pembatalan EIA.

“Lekas bertegas supaya penilaian semula EIA mesti dilakukan dengan proses penyertaan awam secara tanpa paksaan, makluman awal sebelum keputusan diambil, maklumat menyeluruh, hak tidak bersetuju atau sebaliknya secara signifikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pembinaan pulau pertama bagi projek tambakan laut terbesar di negeri ini membabitkan tiga pulau buatan dekat Bayan Lepas, di sini itu dijangka bermula bulan depan.

Ahmad Zakiyuddin berkata, selepas memulakan pembinaannya, Pulau A di perairan dekat Permatang Tepi Laut seluas 930 hektar dijangka disiapkan dalam tempoh kira-kira sembilan tahun.

Sebelum ini, Pengerusi Pen Mutiara, Mahadi Md. Rodzi turut mempersoalsama ada kerajaan negeri ingin mencabar atau sebaliknya keputusan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan projek tersebut tidak boleh dimulakan selagi isu berkaitan EIA tidak diselesaikan.

Menurut Zikrullah, tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri mempromosi ‘green-washing’ melalui satu siaran media berbayar sebelum ini juga menggambarkan kedudukan yang terdesak yang cuba disorokkan untuk membina keyakinan palsu terhadap pelabur.

“Lekas mencadangkan kerajaan negeri mendapatkan nasihat daripada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yeo Bee Yin yang dikatakan konsisten dalam agenda menangani perubahan iklim.

“Untuk rekod, projek PSR melibatkan 3.2 juta tan jejak karbon setiap tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya