Henti import sisa sampah luar negara - Utusan Malaysia

Henti import sisa sampah luar negara

ROZITA ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan digesa menghentikan sebarang kegiatan mengimport sisa sampah dari luar negara masuk ke negara ini.

Aktivis alam sekitar, Rozita Abdul berkata, tindakan kerajaan menerima sisa plastik dari Los Angeles, Amerika Syarikat dilihat tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan.

“Hentikan segera proses mengimport sisa sampah dari luar kerana sampah yang sedia ada dalam negara pun masih tidak diuruskan dengan baik.

“Kesedaran berkenaan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam negara hari ini amat lemah sehingga kerajaan sanggup melakukan kerosakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan sisa sampah dari Amerika Syarikat merupakan barang dagangan HS3915 iaitu sisa plastik jenis Polyethylene dan memenuhi kriteria disyaratkan dalam lesen import sisa plastik.

Rozita yang juga Pengarah Alam Sekitar dan Kelestarian, Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan itu dilihat tidak lebih daripada sekadar cubaan untuk melepaskan tangan daripada sebarang kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran beliau.

“Apakah cara atau langkah yang akan diambil kerajaan untuk melupuskan sampah berkenaan?. Perkara itu perlu dibentangkan kepada umum dan bukan hanya mendakwa sampah itu bersih.

“Kerajaan sebaliknya perlu menyenaraikan jenis serta kuantiti sampah yang bakal diterima dari negara luar itu,” ujarnya.

Tambah Rozita, kerajaan juga perlu memandang serius perkara itu kerana dibimbangi memberi kesan kepada alam sekitar negara secara keseluruhan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya