Harga rumah Melaka paling murah di Malaysia - Utusan Malaysia

Harga rumah Melaka paling murah di Malaysia

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Data dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan harga rumah di negeri ini kekal terendah dalam negara dengan purata RM195,661 seunit.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, ia bertitik tolak daripada projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha menggalakkan rakyat memiliki rumah impian dengan harga berpatutan.

Beliau berkata, nilai terkini pembangunan kasar yang diluluskan Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah negeri bagi projek perumahan mampu milik adalah bernilai RM1 bilion.

“Sasaran utama kita tentulah kepada projek perumahan mampu milik kepada rakyat Melaka. Nilai pembangunan kasar yang telah diluluskan adalah sebanyak RM1 bilion melibatkan 15 projek dengan keluasan 488.2 ekar tanah.

“Ia satu jumlah yang cukup besar, dan saya percaya ia adalah hadiah yang cukup bermakna kepada rakyat Melaka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pencapaian Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021 di Hotel Hatten di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sulaiman turut merakamkan ucapan tahniah kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang meraih pelbagai pengiktirafan.

Katanya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai bandar paling bahagia di Malaysia.

“Satu lagi kejayaan kita raih apabila Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis
Perbandaran Alor Gajah (MPAG) diberikan Anugerah Diamond Bandar Bebas Karbon oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan 154 PBT di seluruh Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya