Empat nelayan asing bot Kelas C ditahan, permit kerja tamat tempoh - Utusan Malaysia

Empat nelayan asing bot Kelas C ditahan, permit kerja tamat tempoh

BOT nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia pada jarak kira-kira 1,852 meter tenggara Kuala Kuantan petang semalam. - IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C pada jarak kira- kira 1,852 meter tenggara Kuala Kuantan dekat sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Datuk Amran Daud berkata, rondaan Op Makmur di sekitar perairan Kuala Kuantan mengesan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebaik sahaja dihampiri aset Maritim.

“Bot tersebut ditahan dan pemeriksaan mendapati empat kru termasuk tekong warga Myanmar berusia antara 27 tahun sehingga 36 tahun disyaki melakukan kesalahan kerana permit kerja telah tamat tempoh serta dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang mencurigakan.

“Kesemua mereka bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan seberat satu tan ditahan dan diiringi masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Kuantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melanggar syarat lesen dan syarat pas kerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutama nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat sah lesen dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya