EAIC kemukakan syor tambah baik fasiliti Jabatan Imigresen di KLIA - Utusan Malaysia

EAIC kemukakan syor tambah baik fasiliti Jabatan Imigresen di KLIA

TIMBALAN Pengerusi EAIC, Tan Sri Zainun Ali (tengah) mengadakan lawatan ke empat agensi penguat kuasa di KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk menambah baik fasiliti Jabatan Imigresen Malaysia di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesuruhjaya EAIC, Tan Sri Mahmood Adam berkata, penambahbaikan itu bertujuan mempersiapsiagakan jabatan itu selepas pintu masuk negara dibuka sepenuhnya.

Kata beliau, antara syor itu ialah menambah bilangan kaunter pejabat operasi pelawat asing yang ketika ini hanya mampu menguruskan 30 pelawat pada satu-satu masa.

“Hanya terdapat empat kaunter di pejabat operasi itu ketika ini dan akan berdepan kelewatan serta kesesakan terutama pada hujung minggu,”katanya ketika mengadakan lawatan ke agensi di bawah seliaan EAIC di KLIA1, hari ini.

Lawatan sejam itu menyasarkan empat agensi penguat kuasa terdiri dari Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kesihatan.

Selain meninjau operasi harian dijalankan agensi berkenaan, EAIC turut mengenal pasti cabaran serta kekangan dihadapi petugas barisan hadapan di lapangan.

Mahmood berkata, EAIC juga akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan untuk menambah bilangan kakitangan bertugas seandainya pintu antarabangsa dibuka.

Menurutnya, buat masa ini seramai 200 kakitangan kementerian itu yang bertugas bagi melakukan proses saringan Covid -19 kepada pelawat yang tiba di KLIA.

“Kita juga menerima aduan daripada orang awam untuk penambahbaikan sepanjang pandemik ini dan maklum balas akan diberikan dalam jangka masa lima hari.

“Cadangan penambahbaikan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat EAIC dalam masa terdekat dan sesi libat urus diadakan dengan agensi tertentu sebelum dibawa kepada kerajaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya