Dua pegawai kanan direman seleweng wang syarikat - Utusan Malaysia

Dua pegawai kanan direman seleweng wang syarikat

DUA pegawai kanan sebuah syarikat pembinaan dibawa ke Mahkamah Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua pegawai kanan sebuah syarikat pembinaan terbesar China yang bertapak di negara ini ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Kedua-dua suspek berusia 40 dan 50-an itu ditahan selepas dipercayai telah membuat penyelewengan wang syarikat dan memberi rasuah bagi tujuan melaporkan keuntungan yang tidak benar.

Menurut sumber, kedua-dua mereka merupakan pengarah urusan dan pengarah kanan kewangan di syarikat pembinaan terbabit.

“Kesemua mereka akan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut Seksyeb 16 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya