Dipenjara sehari, denda RM10,000 akibat rasuah RM300 - Utusan Malaysia

Dipenjara sehari, denda RM10,000 akibat rasuah RM300

LEE Chee Heng (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/ BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hanya kerana perbuatan rasuah sebanyak RM300, seorang lelaki menerima padah setelah dijatuhkan hukuman penjara satu hari berserta denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Lee Chee Heng, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di Kampung Paya Dalam Palembang, Kluang, dekat sini pada pukul 4.15 petang, 15 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa memberi suapan sebanyak RM300 kepada Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Mohd. Firdaus Abd. Wahab agar tidak mengeluarkan kompaun atas kesalahan melakukan kerja tanah yang menyebabkan kekotoran.

Perbuatan tertuduh dihukum mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Yunus Mohamed, manakala tertuduh diwakili peguam, T. Vijaya Sundram dan V. Kirthana Darshayinie. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya