Dadah berbalut plastik 'Thank You', ejen hotel digantung - Utusan Malaysia

Dadah berbalut plastik ‘Thank You’, ejen hotel digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bapa tunggal kepada enam orang anak dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mengedar dadah Methamphetamine seberat 149.5 gram di sebuah hotel, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Shahfary Sabri, 47, terhadap tuduhan itu selepas berpuas hati tiada keraguan munasabah ditimbulkan oleh pihak pembelaan dalam kes itu.

Ejen bebas yang bertugas mendapatkan pelanggan hotel itu didakwa mengedar dadah kira-kira pukul 11 malam, 19 Oktober 2018 di hadapan bilik sebuah hotel di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd. Hadi manakala tertuduh diwakili oleh peguam Haris Salleh Hamzah.

Perbicaraan terhadapnya bermula pada 3 September tahun lalu dengan lima saksi pendakwaan memberi keterangan manakala tertuduh adalah saksi tunggal pihak pembelaan.

Ketika perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh ditahan oleh pihak polis di lobi hotel berkenaan sebelum dibawa naik ke salah sebuah bilik hotel itu untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan polis menemukan dadah berbalut plastik hitam bertulis perkataan ‘Thank You’ dalam seluar di celah pinggangnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya