Cemar imej Islam: syarikat judi perlu disiasat - Utusan Malaysia

Cemar imej Islam: syarikat judi perlu disiasat

TANGKAP layar video berdurasi dua minit 48 saat berkenaan iklan Aidilftri dari syarikat perjudian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap syarikat perjudian yang mempromosi aktiviti judi atas talian melalui video iklan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya berkata, siaran sedemikian adalah tidak bertepatan norma masyarakat di negara ini terutama bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

“Penularan sebuah video iklan oleh syarikat judi bukan sahaja mengganggu keharmonian awam ketika berada di bulan Ramadan, dengan menggunakan pelakon yang kelihatan berbangsa Melayu bahkan berlatarkan (suasana) Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam.

“Kerajaan mesti lebih tegas dan efektif dalam membendung perkara sebegini kerana ia bukan sahaja mengaibkan malah sangat jelas bertentangan dengan undang-undang di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, tular dalam media sosial video lagu Hari Raya Aidilfitri oleh syarikat judi terbabit yang mengajak umat Islam berjudi pada bulan Ramadan bagi memenuhi keperluan kewangan di Hari Raya Aidilfitri.

Klip video berdurasi dua minit 48 saat itu memaparkan pelakon-pelakon lelaki dan wanita yang memakai baju Melayu dengan lagu berkisar mengenai Aidilfitri.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh dalam satu kenyataan turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas ke atas pengeluaran lagu tersebut yang jelas melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Syarikat itu mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat ‘online casino’ dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadan semata-mata untuk berhari raya.

“Perbuatan ini katanya amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih daripada dosa di bulan Ramadan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya