PASIR PUTEH: Pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet dan syarikat milik kerajaan (GLC) disaran melepaskan jawatan beramai-ramai sebagai tanda sokongan moral terhadap keputusan parti tidak bekerjama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman yang melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuat kuasa malam semalam berkata, pemimpin…










