Agihan kerusi PN 30 peratus selesai - Utusan Malaysia

Agihan kerusi PN 30 peratus selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbincangan agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selesai 30 peratus.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perbincangan itu hanya melibatkan pihaknya dan Pas dengan membabitkan kerusi di kawasan Semenanjung Malaysia.

Kata beliau, pihaknya yakin perbincangan baki agihan kerusi itu dijangka muktamad dan selesai dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, kita akan meneruskan perbincangan dengan rakan-rakan komponen PN lain termasuk membabitkan agihan kerusi di Sabah.

“Saya percaya akan ada pertindihan (perbincangan agihan kerusi). Tetapi kita akan terus berbincang untuk memastikan perkara ini tidak berlaku demi kebaikan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Srikandi Muda di sini hari ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan satu perjumpaan akan diadakan di antara Bersatu dan Pas bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan tiada keperluan untuk mengadakan PRU-15 pada waktu terdekat meskipun kajian mendapati 67 peratus rakyat menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, sejak Muhyiddin mengetuai kerajaan, popularinya agak meningkat kerana beliau dilihat fokus dalam menyelesaikan isu pandemik Covid-19.

“Perkara ini boleh dilihat dari hari pertama Tan Sri Muhyiddin sehingga kini, beliau dilihat tumpu dalam menangani masalah akibat Covid-19 dan ia menjadi ukuran sokongan terhadap beliau hari ini.

“Namun begitu, ia bukan menjadi pertimbangan untuk mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana kerajaan perlu fokus tangani pandemik,” katanya.

Beliau mengulas tinjauan bebas Merdeka Center yang mendapati 67 peratus rakyat di Semenanjung Malaysia menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan menyifatkan penilaian itu sebagai stabil.

Tahap sokongan terhadap Muhyiddin yang dicatatkan oleh Merdeka Center adalah 74 peratus antara bulan Jun dan Julai tahun lalu.

Tahap terendah dicatatkan pula adalah 63 peratus pada bulan Januari lalu.

Sebilangan besar responden Melayu (83 peratus) menyokong Muhyiddin, berbanding 30 peratus responden Cina dan 66 peratus responden India.

Tinjauan Merdeka Center ini dilakukan antara 31 Mac dan 12 April. Ia melibatkan 2,111 responden yang terdiri daripada 64 peratus orang Melayu, 28 peratus Cina dan 8 peratus India. – ONLINE DONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.