PETALING JAYA: Sebahagian Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO difahamkan sedang berusaha untuk ‘memberitahu’ Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya beliau melepaskan jawatan sebagai presiden parti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang ahli MT memberitahu, ia adalah keputusan yang dilihat kurang mudarat kepada UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Kata sumber berkenaan, ahli MT tidak mahu menggadaikan parti hanya kerana seorang individu yang dilihat tidak lagi diterima akar umbi.…