2,195 kes positif; 1,427 kes sembuh; 8 kematian - Utusan Malaysia

2,195 kes positif; 1,427 kes sembuh; 8 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,195 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,427 kes.

Sebanyak lapan kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 19,854 kes berbanding semalam iaitu 19,094 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 219 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 90 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak kembali mencatatkan kes positif baharu yang tertinggi iaitu 508 kes diikuti Selangor, 431 kes; Johor, 387 kes; Kelantan, 332 kes; Kuala Lumpur, 176 kes dan Sabah, 112 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 84 kes; Negeri Sembilan, 42 kes; Perak, 35 kes; Kedah, 30 kes; Terengganu, 16 kes; Melaka, 15 kes dan Pahang, 15 kes.

“Dua wilayah dan satu negeri merekodkan kes satu angka iaitu Labuan, enam kes; Putrajaya, tiga kes dan Perlis, tiga kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya