Wanita maut dijerut - Utusan Malaysia

Wanita maut dijerut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Wanita ditemukan maut dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah Taman Bangi, Jalan Reko hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mayat wanita warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemukan seorang lelaki menerusi panggilan MERS 999.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mayat tersebut dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

Kata beliau, hasil pemeriksaan awal pada mayat mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Ismail Ahmad di talian 0192306107 atau menghubungi mana- mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya