Tiga lelaki ditahan, terlibat aktiviti pengedaran dadah - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan, terlibat aktiviti pengedaran dadah

CHE Zakaria Othman (tengah) menunjukkan balutan plastik mengandungi dadah jenis syabu dan ganja yang dirampas dalam dua serbuan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mac lalu. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam dua serbuan di daerah ini pada 24 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia 37 tahun hingga 60 tahun itu ditahan dipercayai mengedar dadah jenis syabu dan ganja.

Katanya, dalam serbuan hasil risikan selama sebulan tersebut, pasukan polis turut merampas dadah dengan nilai pasaran keseluruhan sebanyak RM125,170.

“Dalam serbuan pertama,di Kilometer 17 Jalan Seremban-Port Dickson di susur masuk persimpangan Bandar Springhill, polis menahan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 60 tahun pada pukul 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan, polis mendapati tersimpan dadah jenis syabu dalam satu bungkusan sebanyak 3.47 kilogram di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dekat sini, hari ini.

Lanjutan daripada menahan lelaki berkenaan, beliau berkata, polis menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki iaitu pemandu dan kelindannya di hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan tempat letak kereta di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran 4.14 gram dan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis disyaki syabu dengan anggaran berat 0.61 gram.

“Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek juga mendapati positif jenis methamphetamine. Dua suspek yang merupakan pemandu lori dan kelindan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan jenayah” katanya.

Sementara itu, ujar Che Zakaria, lelaki warganegara Indonesia tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah tetapi pihak polis masih meneliti ketulenan dokumen perjalannnya ke negara ini.

“Dadah ini dipercayai dibawa dari Johor sebelum dibawa ke sini untuk dipasarkan ke negara jiran melalui jalan laut.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya