Tanda halal diragui, produk makanan hampir RM41,000 disita - Utusan Malaysia

Tanda halal diragui, produk makanan hampir RM41,000 disita

Pegawai Penguatkuasa dari pelbagai agensi menjalankan pemeriksaan di sebuah gudang makanan import di KKIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Menggunakan tanda halal tidak diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), produk makanan ringan bernilai RM40,946.50 disita, di sini semalam.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan itu dilakukan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Serbuan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Georgie berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua makanan ringan yang diimport ini telah menggunakan tanda halal yang tidak diperakui Jakim.

Kes terbabit disiasat di bawah Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah yang sama.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua denda RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, KPDNHEP Sabah akan terus mempergiatkan usaha untuk melindungi pengguna daripada penyalahgunaan penandaan halal oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat premis yang menggunakan penandaan halal yang tidak diperakui. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.