Sungai Lembing bakal peroleh pengiktirafan UNESCO - Utusan Malaysia

Sungai Lembing bakal peroleh pengiktirafan UNESCO

MOHD. Shahar Abdullah (tengah) melawat bangunan lama di pekan Sungai Lembing, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NIK NAIZI HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pekan Sungai Lembing di sini bakal diangkat sebagai bandar warisan bersejarah peringkat antarabangsa apabila mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, usaha pendokumentasian tentang sejarah pekan Sungai Lembing sedang giat dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan aspek sebagai pembuktian fakta dan maklumat untuk ditonjolkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, usaha itu dilaksanakan Insititut Terjemahan Buku Negara dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk diterbitkan dalam buku bertajuk ‘Paya Besar – Sejarah Dan Masa Depan’ dijangka siap dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

“Kita perlukan kerjasama penduduk setempat untuk membantu dalam pengumpulan maklumat yang tepat, fakta yang jelas tentang usaha pendokumentasian dan setakat ini kita sudah siap proses ini yang dibuat dalam bentuk lagu, drama dan penulisan berkaitan.

“Sejarah Sungai Lembing sebagai sebuah pekan terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah di bawah tanah, sementara dalam Parlimen Paya Besar ini ada juga tinggalan aktiviti perlombongan bijih timah secara terbuka iaitu di Gambang,” katanya selepas majlis pelancaran ‘Discover ECRL 2021’, Pertandingan Fotografi Paya Besar di Sungai Lembing di sini hari ini.

Mohd. Shahar berkata, nilai sejarah pekan Sungai Lembing memang sudah diketahui ramai cuma memerlukan pendokumentasian yang lengkap untuk menjadi bahan fakta.

Beliau berkata, bangunan tinggalan sejarah yang berusia lebih 100 tahun di pekan Sungai Lembing masih terpelihara dan merupakan salah satu daya tarikan kedatangan pelancong.

“Sebagai kawasan pelancongan sejak dulu Sungai Lembing juga dikunjungi oleh tarikannya termasuklah tinggalan lombong bijih timah, Gunung Tapis, Air Terjun Palangi dan keadaan pekan itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga akan menggiatkan usaha untuk memajukan dan menaik taraf lima kawasan pelancongan termasuk hutan lipur Air Terjun Jerangkang, Tasik Paya Bungor, Bukit Sunrise (Bukit Kambing), Gua Charas dan kawasan tinggalan lombong bijih timah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.