Sindiket edar dadah guna teksi edar tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket edar dadah guna teksi edar tumpas

SAIFUL AZLY KAMARUDDIN Saiful Azly Kamaruddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Satu sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan teksi sebagai penghantar dadah di sekitar Lembah Klang tumpas apabila empat lelaki tempatan ditahan pada 3 Mac lalu.

Hasil penahanan kesemua suspek berusia 34 sehingga 58 tahun itu, pelbagai dadah termasuk bahan asas heroin bernilai RM3.42 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil serbuan itu turut ditemukan sepucuk pistol buatan China dan 23 peluru hidup dan wang tunai RM11,792 di sebuah kondominium di Kepong di sini.

Kata beliau, sindiket yang aktif sejak tiga bulan lalu ini dipercayai mengunakan teksi sebagai tempat menyimpan sebelum mengedar dadah berkenaan kepada pengguna bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

“Pada mulanya, kita telah menahan seorang lelaki  di sebuah pusat beli belah di sekitar ibu negara sebelum kita menahan seorang pemandu teksi.

“Hasil soal siasat pemandu teksi tersebut, dia kemudiannya membawa pihak polis ke sebuah kondominium dan rumah di Kepong, di sini.

“Di situ, kita telah tahan dua lagi lelaki dan merampas pelbagai dadah dan peralatan pembungkusan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful Azly berkata, hasil ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methampetamine.

“Semakan lanjut juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan merupakan penjenayah tegar.

“Kesemua mereka telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 10 Mac ini dan kes disiasat Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Tambah Saiful Azly, bekalan dadah ini boleh dibekal kepada 80,129 pengguna.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya