RM40 juta naik taraf KSAB - Utusan Malaysia

RM40 juta naik taraf KSAB

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi melaksanakan kerja menaik taraf Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) iaitu LinKedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura di Iskandar Puteri, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja naik taraf itu adalah persediaan kerajaan negeri bagi menyambut pelawat dari Singapura apabila sempadan kembali dibuka.

Katanya, inisiatif berkenaan diharap dapat mengurangkan kesesakan di KSAB sekali gus memberi perkhidmatan lebih baik kepada pengguna.

“Peruntukan berjumlah RM40 juta itu membabitkan pelaksanaan 29 projek bagi menaik taraf pelbagai kemudahan di KSAB.

“Langkah ini adalah persediaan kerajaan negeri untuk menerima pelawat dari Singapura apabila sempadan kembali dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Onn Hafiz turut memberitahu, pembukaan sempadan Malaysia-Singapura amat penting dalam usaha meningkatkan kembali sektor ekonomi dan pelancongan di negeri ini.

Sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak 18 Mac 2020 apabila Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Kerajaan Johor pada Mac lalu bercadang memperkenalkan gelembung perjalanan khas kepada penerima vaksin sebagai permulaan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura selepas Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan mula dilaksanakan di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya