Rezeki air naik - Utusan Malaysia

Rezeki air naik

AZHAR Che Mat menunjukkan ikan baung seberat 2.5 kg yang diperolehnya di Sungai Riau di kilometer 16, Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Setiap kali hujan lebat dan berlaku limpahan air, ia pasti membawa rezeki kepada penduduk yang gemar menangkap ikan air tawar di Sungai Riau, di kilometer 16, Jalan Sungai Lembing, dekat sini.

Dengan menggunakan peralatan tradisional ‘taut’, Azhar Che Mat, 37, dari Kampung Bukit Kuin berjaya menangkap ikan baung seberat 2.5 kilogram (kg).

Azhar berkata, dia bersyukur apabila setiap kali air naik mampu memperoleh pelbagai jenis ikan air tawar seperti baung, lampam, keli, sebarau dan seumpamanya di kawasan dinaiki air.

“Saya mula meletakkan 15 mata taut dari pukul 8 malam semalam memandangkan hujan lebat dan air mula naik. Sekitar pukul 10 pagi tadi saya hanya berjaya mendapat seekor ikan baung seberat kira-kira 2.5 kg.

“Setakat ini mungkin ini sahaja rezeki saya… bolehlah buat makan sendiri,” katanya ketika ditemui di kilometer 16, Jalan Sungai Lembing di sini hari ini.

Azhar yang bekerja sebagai penyelia ladang berkata, kebiasaannya dia memperoleh banyak hasil tangkapan sehingga boleh menjana keuntungan.

“Saya memasang mata kaut banyak supaya hasilnya nanti banyak dan dijual dengan harga lebih kurang RM40 seekor.

“Kalau ikan bersaiz kecil saya makan sendiri tetapi untuk jual biasanya bersaiz besar sehingga lima kilogram seekor.

“Ikan air tawar memang ramai peminat dah harganya memang mahal sedikit,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya