Pensyarah bukan perubatan bakal terima vaksin - Utusan Malaysia

Pensyarah bukan perubatan bakal terima vaksin

NORAINI Ahmad menyerahkan replika kunci kepada Timbalan Naib Canselor (Akademi & Antarabangsa), Prof. Dr. Roziah Mohd. Janur (depan kanan) sewaktu majlis penyerahan kunci kepada Hospital UiTM Puncak Alam di UITM Puncak Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pensyarah bukan perubatan di seluruh negara dijangka menerima vaksin Covid-19 pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dijangka bermula bulan depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, golongan tersebut perlu diberikan vaksin segera memandangkan semua institut pengajian tinggi (IPT) telah dibuka secara berperingkat sejak 1 Mac lalu.

“Pensyarah perlu mengisi borang secara dalam talian yang disediakan oleh IPT masing-masing. Borang ini perlu dihantar semula ke IPT sebelum dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melalui (aplikasi) MySejahtera.

“PKD akan menentukan lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) pensyarah berkenaan berdasarkan tempat tinggal pensyarah itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Projek Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Teknologi Mara (HPUiTM) Puncak Alam di UiTM Puncak Alam di sini hari ini.

Menurut Noraini, pensyarah berisiko tinggi dijangkiti virus Covid-19 akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin pada fasa kedua manakala untuk pelajar IPT pula, mereka dijangka akan menerima vaksin pada fasa ketiga.

Mengulas mengenai projek HPUiTM, Noraini berkata, hospital bernilai RM599 juta itu dijangka beroperasi secara berperingkat mulai 5 April ini.

Jelasnya, hospital berkenaan mempunyai 10 tingkat dengan kapasiti 400 buah katil, 98 klinik pakar, 17 buah dewan bedah, 17 wad dan 16 kerusi dialisis serta fasiliti pembelajaran yang boleh memuatkan 750 pelajar pada satu-satu masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya