Muhyiddin hadir lawatan kerja ke Perlis - Utusan Malaysia

Muhyiddin hadir lawatan kerja ke Perlis

MUHYIDDIN Yassin (tengah) hadir untuk program Taklimat Pembangunan Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar sempena lawatan kerja ke Perlis hari ini. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba bagi memulakan lawatan kerja sehari di Perlis.

Beliau yang tiba dengan helikopter khas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disambut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof dan barisan Exco di
Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pagi ini.

Sejurus selepas pemeriksaan suhu dan sesi bacaan doa, kedua-dua pemimpin tersebut melakukan perjumpaan kira-kira 30 minit di pejabat Menteri Besar.

Muhyiddin kemudian mengikuti program Taklimat Pembangunan Negeri Perlis yang disampaikan oleh Azlan di Bilik Gerakan 1.

Selepas ini, Muhyiddin dijadualkan akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid  di Istana Arau sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau.

Pada sebelah petang pula, beliau akan berjumpa dengan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri di Hotel Putra Regency pada pukul 2.30 petang sebelum mengakhiri lawatan ke pusat vaksin di Klinik Kesihatan Kampung Gail pada pukul 4.10 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya