Muhammad Sajjad terus bersembunyi - Utusan Malaysia

Muhammad Sajjad terus bersembunyi

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Misteri kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat terus menjadi tanda tanya apabila sehingga kini dia gagal ditemukan.

Malah, menurut sumber, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini juga belum memberikan sebarang surat kepada pihak berkuasa.

“Sehingga kini, tiada apa-apa surat daripada JAIS bagi membolehkan pihak berkuasa seperti polis untuk membantu mengesannya.

“Polis boleh membantu mengesannya jika pihak yang sepatutnya ingin kita melakukannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber berkata, Muhammad Sajjad terus mendiamkan diri dengan tidak memaklumkan apa-apa kepada sesiapa.

Jelas sumber, dia difahamkan Muhammad Sajjad juga tidak menghubungi ibu bapanya sejak waran tangkap terhadapnya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Saya juga difahamkan dia langsung tidak menghubungi peguamnya dan kali terakhir pada hari dia menyerahkan sijil cuti sakit (MC) yang diperoleh daripada kerajaan selama dua hari,” ujarnya.

Baru-baru ini, JAIS telah memberikan arahan kepada penguatkuasanya bagi mengesan dan menahan Muhammad Sajjad untuk dibawa ke mahkamah.

Pemburuan terhadap Muhammad Sajjat, 36, susulan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya minggu lalu kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Syariah.

Muhammad Sajjad menghilangkan diri tanpa khabar selepas memberikan MC kepada peguamnya dan tidak memaklumkan apa-apa.

22 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad itu dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya