Lima tukang kebun, seorang penganggur didakwa rogol, amang seksual remaja - Utusan Malaysia

Lima tukang kebun, seorang penganggur didakwa rogol, amang seksual remaja

EMPAT daripada enam tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan merogol dan amang seksual bulan lalu. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Lima tukang kebun dan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, bulan lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 59 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zul Haikal Rashidi, 19, didakwa atas dua tuduhan merogol mangsa antara pukul 11.10 hingga 11.25 malam dan 4.45 petang pada 6 dan 7 Februari lalu.

Tiga lagi tertuduh, Muhammad Safaran Nurhan Suhaimi, 19; Muhamad Fakrul Nakimi Hussein, 29; dan Muhammad Saifullah Senapi, 21, turut didakwa merogol mangsa antara pukul 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 7 Februari lalu.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Simpang Perak Air Panas di Pengkalan Hulu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagi Razaimi Md. Nor, 49, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal ke atas mangsa antara pukul 9 malam hingga 5 petang di lokasi sama pada 6 dan 7 Februari lalu.

Pendakwaan terhadap Razaimi itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta Seksyen 15(a)(i) akta sama yang boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Turut didakwa di bawah Seksyen 15(a)(i), seorang penganggur, Noordin Mat Ramli, 59, atas tuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas mangsa pada pukul 11.10 malam, 6 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun peguam, Ranjit Singh yang mewakili kesemua tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan antara RM3,000 ke RM5,000.

Hakim Rohaida kemudian membenarkan Muhammad Zul Haikal dan Razaimi yang menghadapi dua pertuduhan, diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua orang penjamin.

Beliau turut menetapkan empat tertuduh lain diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin selain syarat tambahan ke atas mereka agar tidak mengganggu dan menghampiri mangsa sepanjang prosiding.

Mahkamah menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes.

Media pada 9 Februari lalu melaporkan, seorang remaja perempuan yang masih bersekolah dirogol empat lelaki termasuk seorang kenalan yang baru sehari dikenali menerusi aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Pengkalan Hulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.