Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan

LELAKI dipercayai sakit mental ditahan polis selepas menunjukkan kemaluannya kepada tiga pekerja wanita di sebuah premis di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki dipercayai sakit mental ditahan polis selepas bertindak di luar kawalan dengan menunjukkan kemaluannya kepada tiga jurujual wanita di premis menjual alat telekomunikasi di Jalan Pintu Pong, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, suspek berusia 26 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada salah seorang mangsa berusia 31 tahun.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa sedang bekerja bersama dua rakannya di kaunter premis tersebut.

“Mangsa secara tiba-tiba didatangi lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kemaluannya.

“Lelaki terbabit kemudian melompat di atas kaunter dan masuk ke dalam kawasan kedai. Terkejut melihat tindakan itu, ketiga-tiga jurujual itu berlari keluar dari kedai dan menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Khairuddin berkata, selepas menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan mengesan lelaki terbabit sebelum menahannya kira-kira 10 minit kemudian berhampiran lokasi.

“Suspek dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Suspek tinggal bersama keluarga di rumah yang terletak berhampiran kedai berkenaan. Sebelum ini, lelaki itu pernah dirawat di HRPZ II kerana mengalami masalah kemurungan dan baru seminggu keluar dari wad hospital,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan.

Terdahulu, tular dalam media sosial video berdurasi lebih dua minit yang memaparkan perbuatan aneh seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya kepada tiga orang jurujual wanita di sebuah premis menjual alat telekomunikasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya