Layanan menghina, apa motif pembangkang? - Utusan Malaysia

Layanan menghina, apa motif pembangkang?

MOHD. RASHID HASNON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mempersoalkan motif pihak pembangkang yang menimbulkan isu mereka menerima layanan ‘menghina’ oleh pegawai Parlimen, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah memberikan kebenaran kepada pihak pembangkang untuk berkumpul di dewan disediakan.

Katanya, tuduhan pembangkang bahawasanya mereka tidak dillayan juga disifatkan tidak betul.

“Ahli-ahli Parlimen kerajaan pun tidak mohon untuk hadir ke Parlimen, jadi apa motif boleh berkumpul nak masuk dalam Parlimen, mereka boleh buat di luar pun.

“Sebab itulah yang ada, jadi layanan itu memang saya ingat Speaker pun maklum dan telah berikan tempat untuk mereka berkumpul dan memang kena patuh SOP (prosedur operasi standard).

“Jadi kalau dewan itu memang dewan yang ada tak kan nak buat dalam dewan sidang Parlimen. Itu memang khas untuk perbahasan parlimen. Saya pun tahu siapa yang datang tulis nama, kad pengenala dan saya pun tahu siapa-siapa yang datang itu daripada pegawai keselamatan, jadi itu memang prosedur yang ditetapkan oleh Parlimen,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang mengecam apa yang didakwanya sebagai layanan ‘menghina’ oleh pegawai Parlimen terhadap pembangkang.

Mohamad mendakwa tiada seorang pun pegawai Parlimen yang hadir untuk menyambut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan pertemuan dengan ahli Parlimen pembangkang.

Beliau juga mendakwa pembangkang diberikan dewan yang tidak dapat menampung jumlah ahli Parlimen yang hadir, menyebabkan sukar untuk mematuhi SOP Covid-19.

Dalam pada itu, mengulas mengenai desas-desus pertemuan Anwar bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ingin ‘bekerjasama’, Rashid berkata, itu adalah hak mereka.

“Sepengetahuan saya, Anwar akan buat apa sahaja waktu sekarang ini, kerana apa yang dia sebagai ketua pembangkang merancang, setiap kali rancangan itu memang lain dari apa yang dia claim (dakwa).

“Kalau sebelum ini strong (kuat) , formidable (hebat) ( i got the numbers (saya ada nombor), tapi bila disebut tempoh hari yang bersama pakatan apabila dia hadir pun, yang lain pun tak timbul juga, jadi itu hak dia untuk dia buat pakatan.

“Tapi saya tak masuk campur dengan apa yang mereka lakukan kerana dalam Perikatan Nasional (PN), sebagai kerajaan pada hari ini banyak lagi peluang yang kami nak buat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya