Kanak-kanak menghidap kecacatan kromosom perlu bantuan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak menghidap kecacatan kromosom perlu bantuan

HARYANTI Hamzah bersama Naura Qalesya yang menghidap kecacatan kromosum sejak dilahirkan di rumahnya di Taman Pemarak, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. –UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang ibu memohon sumbangan kewangan bagi membantu mengurangkan kos penjagaan anak perempuannya berusia dua tahun yang merupakan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit deletion chromosome 6 atau kecacatan kromosom sejak dilahirkan.

Haryanti Hamzah, 39, berkata anaknya, Naura Qalesya Mohd. Nor Hisham menghidap penyakit berkenaan sejak berusia tiga bulan selepas mengalami jangkitan para influenza tahap tiga dan jantung berlubang.

Tambahnya, masalah kecacatan kromosom dihidapi anak keempatnya itu sangat terpencil berlaku di negara ini.

“Doktor memaklumkan Naura mempunyai masalah kecacatan kromosom selepas dilahirkan dan kesnya agak terpencil malah kajian perlu dijalankan dengan menghantar sampel darah ke luar negara untuk mengetahui tentang penyakit ini.

“Saya telah menghantar anak saya mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, Selangor dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini mengikut jadual rawatan yang ditetapkan.

“Anak saya ini tidak boleh berdiri, hanya boleh duduk sebentar jika dibantu. Naura juga tidak boleh makan dan minum seperti biasa kerana dia perlu menggunakan tiub sepenuh masa dan hanya minum susu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Taman Pemarak, Tanjung Ipoh dekat sini semalam.

Haryanti yang merupakan suri rumah sepenuh masa berkata, Naura juga memerlukan penjagaan rapi kerana sering demam malah suhu badannya pernah mencecah sehingga 40 darjah celsius.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak di taman ini namun terpaksa berhenti dan memantau keadaan Naura kerana dia sering demam secara mengejut dan sawan.

“Naura juga sering mengalami masalah pernafasan. Dia juga terpaksa memakai cermin mata dengan kuasa setinggi 600 kerana mengalami masalah silau,” katanya.

Haryanti menjelaskan, suaminya kini bekerja di sebuah kedai barang binaan dengan gaji sebanyak RM2,000 sebulan dan perlu menanggung tiga orang anak lagi yang masih bersekolah.

Haryanti memaklumkan, dia perlu membeli susu untuk Naura sebanyak tujuh bungkus sebulan selain menyediakan empat beg lampin pakai buang yang memakan kos sebanyak RM400.

“Naura juga kerap membuang air besar sebanyak 10 kali sehari dan perlu minum susu setiap empat jam kerana dia tidak boleh makan seperti biasa. Naura ada mendapat elaun bulanan OKU setiap bulan berjumlah RM300.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.