Instafamous dikompaun rentas negeri untuk berbulan madu - Utusan Malaysia

Instafamous dikompaun rentas negeri untuk berbulan madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan seorang Instafamous yang memberi keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu bersama suaminya di Johor mengundang padah apabila dia akhirnya dikompaun.

Berdasarkan keterangan yang dibuat terhadap polis pada 20 Mac lalu mendapati wujud keraguan selepas siasatan menyeluruh dibuat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, oleh yang demikian, polis membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000.

“Hasil siasatan juga mendapati pasangan ini memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri, malah, mereka membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, kata Ashari, orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada polis sewaktu memohon pergerakan rentas negeri

Terdahulu, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu tular dalam media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh warganet pada Jumaat lalu.

Susulan itu, polis telah memanggil pasangan terbabit untuk dirakam percakapan semalam sebelum memutuskan tiada tindakan diambil terhadap pasangan berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN