Ekonomi Johor buruk jika pintu sempadan masih tutup - Utusan Malaysia

Ekonomi Johor buruk jika pintu sempadan masih tutup

MOHD.Izhar Ahmad (dua dari kiri) ketika menyertai Sesi Dialog Awam bersama Persatuan Usahawan dan Dewan Perniagaan Negeri Johor yang turut dihadiri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan ekonomi negeri ini dijangka bertambah buruk sekiranya pintu sempadan antara Malaysia dan Singapura tidak dibuka dalam jangka masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, perkara sama turut dirasai oleh negara republik itu bagi mendapatkan bekalan keperluan dan sebagainya.

Bagaimanapun, katanya, Singapura dilihat dapat mempertahan kedudukan kewangan manakala situasi berbeza berlaku di negeri ini.

“Tidak dinafikan kuasa membeli daripada negara jiran amat membantu perkembangan ekonomi negeri apabila mereka menyumbang kira-kira 50 peratus daripadanya.

“Kami berharap pintu sempadan dibuka dalam kadar segera. Jika tidak ekonomi kita akan lingkup,” katanya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Awam bersama Persatuan Usahawan dan Dewan Perniagaan Negeri Johor di sini, malam tadi.

Yang hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya