Dua kenderaan musnah dalam kebakaran tujuh rumah - Utusan Malaysia

Dua kenderaan musnah dalam kebakaran tujuh rumah

KEBAKARAN yang melibatkan tujuh buah rumah di Taman Pulai Perdana, Skudai, Johor. -IHSAN/BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tujuh buah rumah terlibat dalam kebakaran yang turut memusnahkan dua buah kenderaan yang diletakkan di garaj rumah dalam satu kejadian di Jalan Pulai Perdana 9/9, Taman Pulai Perdana, Skudai, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.13 pagi ini.

Menurutnya, seramai 12 anggota berserta dua buah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai bermula apabila sebuah kenderaan terbakar, pemiliknya cuba untuk memadam sendiri terlebih dahulu namun gagal sebelum api berkenaan mula merebak.

“Apabila bomba tiba, api dipercayai telah memusnahkan 40 peratus rumah berkenaan, selain turut menyebabkan kebakaran di garaj enam buah rumah lain.

“Akibat kejadian itu, sebuah kenderaan jenis Proton Exora dan sebuah motosikal Yamaha LC135 musnah dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Riduan, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian.

“Punca sebenar dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi memadam kebakaran dihentikan pada pukul 9.43 pagi,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya