Cuaca panas berterusan hingga pertengahan Mac - Utusan Malaysia

Cuaca panas berterusan hingga pertengahan Mac

JAILAN SIMON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca panas sejak Februari lalu dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini disebabkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon berkata, sepanjang tempoh tersebut taburan hujan rendah di semenanjung terutama di kawasan utara.

“Negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung terutamanya di utara.

“Fenomena ini perkara biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya tidak menjangka berlaku cuaca panas luar biasa pada tahun in.

Katanya, taburan hujan rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.

“Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar dan minum air secukupnya,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah di stesen Johan Setia d Klang paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141).Rekod tersebut dibaca pada pukul 8 pagi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya