Bukti manifestasi keyakinan kerajaan Muhyiddin - Utusan Malaysia

Bukti manifestasi keyakinan kerajaan Muhyiddin

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sokongan Datuk Dr. Xavier Jayakumar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu lagi manifestasi keyakinan terhadap kemampuan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu
rakyat terutama ketika menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, memandangkan beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman luas, PN percaya keputusannya untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong Kerajaan PN telah dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Parti PN mengalu-alukan pengisytiharan terbuka Ahli Parlimen Kuala Langat yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong Kerajaan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Xavier mengumumkan keluar daripada PKR serta-merta selepas berada bersama PKR sejak 1998.

Bekas menteri itu memaklumkan kini menyokong kerajaan PN selepas kecewa apabila ada parti yang terus membincangkan mengenai pilihan raya sedangkan fokus utama sepatutnya adalah membantu rakyat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya