Bilangan pekerja asing disaring positif Covid-19 menurun - Utusan Malaysia

Bilangan pekerja asing disaring positif Covid-19 menurun

Majikan yang gagal melaksanakan ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja asing diberi amaran Pas Lawatan Kerja Sementara untuk pekerja mereka tidak akan diperbaharui Jabatan Imigresen.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pekerja warga asing yang positif Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara mencatatkan penurunan selepas naik drastik pada sehari sebelum itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia mengesahkan 49 orang positif semalam berbanding 68 orang dicatatkan kelmarin.

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 7,052 pekerja asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Secara kumulatif ujarnya, sejak 1 Disember tahun lalu, seramai 582,347 individu selesai melakukan ujian mandatori itu dan melibatkan penyertaan sejumlah 30,467 majikan.

Daripada jumlah tersebut ujarnya, hanya 9,187 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan, manakala selebihnya pula iaitu seramai 573,160 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 1,508 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Mulai 1 Februari lepas, saringan dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tersebut meliputi seluruh negara berbanding empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan sebelum itu.

Keperluan ujian ini diwajibkan oleh kerajaan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan pematuhan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia.

Majikan turut diberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja mereka tidak akan diperbaharui Jabatan Imigresen.

Proses saringan tersebut, hanya menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dengan kos kit ujian tersebut dibiayai sepenuhnya pihak Perkeso.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut membuat pemeriksaan 17 tapak binaan yang beroperasi di seluruh negara semalam.

“Kesemunya didapati mematuhi peraturan dan sejak 20 April tahun lalu, 9,049 tapak binaan di negara ini diperiksa bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya