ADUN Batu Kurau lapor polis tuduhan terlibat aktiviti balak - Utusan Malaysia

ADUN Batu Kurau lapor polis tuduhan terlibat aktiviti balak

MUHAMMAD Amin Zakaria
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang menuduh beliau terlibat dalam aktiviti pembalakan di kawasannya.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini malam ini.

Menurut Muhammad Amin, tuduhan itu dipercayai berpunca daripada sumber air penduduk kampung tercemar disebabkan aktiviti pembalakan dan beliau didakwa terlibat dengan mendapat keuntungan daripada aktiviti tersebut.

Muhammad Amin yang menafikan tuduhan itu berkata, tiada aktiviti pembalakan di kawasannya seperti yang didakwa.

“Tuduhan tersebut mula tular dalam media sosial hari ini. Dakwaan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook itu adalah fitnah dan bertujuan mencemarkan reputasi saya sebagai ADUN.

“Dalam tuduhannya, pemilik akaun berkenaan menyebut ADUN Batu Kurau. Saya nafikan tuduhan itu dan saya tampil untuk membersihkan nama saya dengan membuat laporan polis malam ini.

“Saya meminta pihak polis buat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini malam ini.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan dengan Pegawai Daerah dan pegawai Jabatan Perhutanan Larut Matang dan Selama yang mengesahkan tiada aktiviti pembalakan di kawasan DUN Batu Kurau.

“Pembalakan mungkin di kawasan lain, bersebelahan DUN Batu Kurau iaitu di DUN Kubu Gajah yang mempunyai lesen tetapi perkara itu cuba dikaitkan dengan saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya