- Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi Khas Bunyi Bising bermula 1 Mac lalu hingga semalam. 

Daripada jumlah itu,  sebanyak 79 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur. 

Ketua JSPT Kuala Lumpur,  Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, selain itu, sebanyak 40 saman dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 90 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan sama.

Katanya, pihaknya turut menyita 84 kenderaan untuk pemeriksaan lanjut. 

“Kenderaan yang disita akan diserah semula selepas tindakan menggantikan ekzos dilakukan.

“Daripada 2,495 operasi dijalankan, sebanyak 79 penunggang motosikal berusia antara 18 hingga 35 tahun berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita di JSPT Kuala Lumpur dekat sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, kesemua yang ditahan dikesan melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran dan ekzos bunyi bising melebihi paras bunyi ditetapkan.

Katanya, tindakan saman bagi ubahsuai ekzos dilakukan mengikut Kaedah 103 dan 109 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Katanya, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 60 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

22 Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan, pemilik kenderaan yang didapati membuat kesalahan mengubah suai ekzos sedia ada hingga mendatangkan bunyi bising akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan selain berhadapan hukuman denda sehingga RM2,000.

Beliau berkata, kesalahan itu termaktub di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Ujarnya, sesiapa yang membuat pengubahsuaian itu sehingga mengganggu ketenteraman awam didapati melakukan kesalahan di bawah kaedah itu. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya