33 diplomat, staf Kedutaan Korea Utara berlepas ke China - Utusan Malaysia

33 diplomat, staf Kedutaan Korea Utara berlepas ke China

KAUNSELOR Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song membawa bagasi selepas tiba di KLIA sebelum menaiki pesawat komersial ke Pudong, China susulan arahan kerajaan yang memberi tempoh 48 jam kepada pihak Kedutaan Korea Utara meninggalkan Malaysia. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 33 pegawai diplomatik dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara di ibu negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi tadi.

Mereka tiba secara berperingkat-peringkat dalam beberapa kelompok kecil dengan kumpulan terakhir menaiki sebuah bas persiaran disewa khas tiba di terminal kira-kira pukul 11.44 pagi.

KAKITANGAN dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara dijangka berlepas ke China petang ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Ketibaan mereka dikawal ketat seramai tujuh anggota dan pegawai dari balai polis KLIA yang turut mengiringi mereka ke kaunter daftar masuk di laluan F9 dewan pelepasan aras 5 KLIA.

Kumpulan itu kemudian dibawa ke bilik kenamaan sebelum menaiki pesawat komersial ke Pudong, China pada pukul 4.10 petang ini.

Terdahulu, kedutaan itu dikendalikan Kuasa Usaha, Kim Yu Song.  Dalam kenyataan media sebelum bergerak ke KLIA, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan tersebut.

“Kejadian ini adalah konspirasi anti Korea Utara daripada dasar keji Amerika Syarikat,” kata beliau.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN