21 saman dikeluarkan Op Khas kesalahan bunyi bising - Utusan Malaysia

21 saman dikeluarkan Op Khas kesalahan bunyi bising

ANTARA ekzos motosikal yang telah diubah suai sehingga mengeluarkan bunyi bising yang disita dalam Op Khas, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mengeluarkan 21 saman terhadap penunggang motosikal dalam Op Khas yang dijalankan di bandar raya ini membabitkan kesalahan bunyi bising disebabkan pengubahsuaian ekzos.

Ibu pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan dalam satu kenyataan memberitahu, operasi itu dijalankan di Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee di sini bermula pukul 5 petang hingga 7 malam semalam.

Menurut kenyataan itu, operasi diketuai Inspektor Amir Haikal Kasim bersama lima anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.

“Dalam operasi tersebut seramai 51 individu dan 37 kenderaan diperiksa di mana 21 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

“Operasi turut menyaksikan tiga motosikal yang telah diubah suai disita untuk tindakan susulan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, polis akan melakukan operasi secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan yang telah mengubah suai eksoz hingga mengeluarkan bunyi yang menimbulkan rasa tidak selesa masyarakat.

“Polis akan bertindak tegas dalam menguat kuasa undang-undang dan mengambil serius mengenai isu pengubahsuaian ekzos kenderaan,” tambah kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN