2,076 kes sembuh; 8 kematian; 4 kluster - Utusan Malaysia

2,076 kes sembuh; 8 kematian; 4 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 terus merekodkan penurunan hari ini, susulan sebanyak 1,529 kes direkodkan dengan lapan kematian dan empat kluster.

Bagaimanapun, kes sembuh merekodkan melebihi 2,000 kes iaitu 2,076 kes manakala kes aktif turut menunjukkan penurunan iaitu 19,778 kes berbanding semalam, 20,333 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 160 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kekal negeri tertinggi dengan 726 kes diikuti Sarawak, 252 kes dan Johor, 120 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka pula iaitu Negeri Sembilan, 89 kes; Pulau Pinang, 76 kes; Sabah, 71; Kuala Lumpur, 71 kes; Perak, 49; Kelantan, 28 kes; Perlis, 17 kes dan Terengganu, 13 kes.

“Empat negeri pula merekodkan kes satu angka iaitu Kedah, sembilan kes; Melaka, empat kes; Pahang, tiga kes dan Putrajaya, satu kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya