1,529 kes positif, Selangor kekal tertinggi - Utusan Malaysia

1,529 kes positif, Selangor kekal tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 1,529 kes direkodkan, satu trend penurunan yang semakin positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi dengan 726 kes diikuti Sarawak, 252 kes dan Johor, 120 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka pula iaitu Negeri Sembilan, 89 kes; Pulau Pinang, 76 kes; Sabah, 71; Kuala Lumpur, 71 kes; Perak, 49; Kelantan, 28 kes; Perlis, 17 kes dan Terengganu, 13 kes.

“Empat negeri pula merekodkan kes satu angka iaitu Kedah, sembilan kes; Melaka, empat kes; Pahang, tiga kes dan Putrajaya, satu kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya melalui ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

Semalam beliau berkata, Malaysia terus merekodkan kes sembuh melebihi 2,000 kes iaitu sebanyak 2,506 kes sembuh sekali gus mengatasi kes positif iaitu 1,683 kes dengan lapan kluster dan tiga kematian.

“Bagi kes aktif menunjukkan penurunan kes apabila mencatatkan 20,333 kes berbanding semalam, 21,159 kes dan sebanyak 174 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor pula, terus merekodkan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya