15 lori tangki air di kawasan terjejas - Utusan Malaysia

15 lori tangki air di kawasan terjejas

KONTRAKTOR Air Selangor melakukan kerja-kerja menaik taraf saluran air di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. (Air Selangor) menggerakkan 15 lori tangki air ke kawasan yang terjejas susulan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, di sini.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memberi keutamaan bekalan air kepada premis kritikal terdiri daripada hospital dan pusat dialisis serta untuk upacara kematian.

“Bekalan air mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, Air Selangor memaklumkan 30 kawasan di tiga wilayah iaitu Petaling, Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air selama 48 jam bermula semalam.

Gangguan bekalan air itu adalah susulan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, gangguan air bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam pada 1 April.

Malah, gangguan air selama 68 jam dijadualkan berlaku di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur membabitkan 58 kawasan susulan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Gangguan air dijadualkan berlaku pada 6 April bermula pukul 9 pagi hingga pukul 9 malam dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 April. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya